Melawat 84 Keluarga Mangsa Kebakaran Di Kampung Titingan Bersama Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal

Assalamualaikum wwt
Salam sejahtera.

Petang tadi sempat mengejar masa bertemu pemimpin Parti Warisan Sabah (WARISAN) iaitu Presiden, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal yang turun melawat 84 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Titingan.

Saya difahamkan beliau turut memberikan sumbangan peribadi bernilai RM1,000 kepada setiap keluarga dalam usaha meringankan sedikit beban mereka yang terkesan akibat kehilangan kediaman sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha.

Walaupun dalam jadual yang ketat, Presiden tetap meluangkan masa untuk bertemu rakyat yang memerlukan.

InsyaAllah cara kerja dan budi bicara Presiden parti seperti ini, saya akan jadikan panduan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Kebetulan berada di lokasi, saya turut meluangkan masa sedikit bertemu sahabat yang dihormati Pegawai Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tawau merangkap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kapten Hussain Mohd Noor untuk bertanya sedikit mengenai situasi terkini mangsa.

Semoga ada rezeki lain yang lebih indah untuk mereka.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.