Bakul Makanan Kepada Warga Kukusan di Sekitar Kg Jawa Lanut

Lokasi: Kg Jawa Lanut

Pada minggu yang lalu, saya hadir bersama team saya menghantar 18 bakul makanan kepada warga Kukusan di sekitar Kg Jawa Lanut yang telah dipohon oleh Encik Osman.

Kami juga turut mengambil aduan keadaan jambatan laluan motor dan pejalan kaki yang terlalu uzur. Laluan tersebut kerap digunakan oleh penduduk sekitar.

Saya juga mengambil maklum masalah pengaliran air kumbahan dari perumahan sebelah kampung. Sikap segelintir pemilik rumah yang mementingkan diri sehingga ada yang menambah sempadan lot untuk membesarkan bahagian belakang rumah. Ini telah mengganggu struktur tembok yang memisahkan kawasan kampung dan taman perumahan.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.