



Pertandingan Badminton Tertutup 3 vs 3 Piala Kelab Kebajikan Komuniti Rina Jainal telah berlangsung dengan jayanya semalam di Kompleks Sukan Tawau.
Tahniah dan syabas kepada Kelab Kebajikan Komuniti Rina Jainal Kukusan Kalabakan (KERJA) selaku penganjur serta Ewako BC selaku pengelola atas komitmen dan usaha menjayakan kejohanan ini.
Program sebegini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah mengeratkan hubungan silaturahim, semangat berpasukan dan perpaduan dalam kalangan peserta.
Tahniah kepada semua pasukan yang mengambil bahagian serta para pemenang. Semoga semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama yang ditunjukkan sepanjang pertandingan ini terus menjadi inspirasi kepada masyarakat.