Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

 Melahirkan Generasi Sihat, Berakhlak dan Bersatu

Hari ini saya berbesar hati mewakili YB Datuk Julita Majungki, Menteri Pembangunan Wanita, Kesihatan & Kesejahteraan Rakyat Sabah, merasmikan Program Sukaneka Tabika Perpaduan Peringkat Negeri Sabah dan Program Smart Start School Tahun 2026.

Program yang menghimpunkan anak-anak Tabika Perpaduan dari seluruh negeri ini merupakan platform penting dalam membentuk sahsiah, keyakinan diri, semangat kesukanan serta nilai perpaduan sejak usia muda.

Tahniah dan syabas kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sabah serta Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) atas kerjasama strategik dalam menjayakan program yang amat bermakna ini. Inisiatif SmartStart School pula memperkukuhkan pembangunan awal kanak-kanak melalui penerapan nilai positif, gaya hidup sihat dan pembentukan karakter yang kukuh.

Turut hadir ialah Puan Alijah Ismal, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah; Puan Esther Dingkawan, Timbalan Pengarah JPNIN; Puan Jossie Ansilmus, Setiausaha Eksekutif PEMADAM Negeri Sabah; dan Puan Hajah Siti Nabilah Hadi, Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Tawau.

Anak-anak hari ini adalah aset paling berharga bagi Sabah dan Malaysia. Semoga mereka terus membesar sebagai generasi pewaris yang cemerlang, berilmu dan berakhlak mulia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.