Peruntukan Kawasan Parlimen Dan Dun Yang Saksama: Isu Dan Cabaran

Peruntukan pembangunan kawasan atau CDF menjadi bahagian penting dalam budaya politik kita di mana wakil rakyat dianggap bertanggungjawab secara langsung untuk memberikan bantuan segera kepada rakyat di kawasan mereka. Namun peruntukan ini pula sering diberi dengan tempang apabila wakil rakyat mesra kerajaan menerima lebih banyak daripada pembangkang, malah ada kalanya pembangkang langsung tidak menerima sebarang peruntukan.

Peruntukan ini juga dijadikan alasan untuk beberapa wakil rakyat melompat parti kerana bimbang rakyat di kawasan mereka akan terjejas sekiranya peruntukan disekat. *Malah baru-baru ini, Memorandum antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan juga hanya merangkumi peruntukan ini kepada wakil rakyat PH dan wakil rakyat dalam kerajaan sahaja.*

Saksikan Wacana Bersih yang akan membincangkan peruntukan kawasan yang kontroversi ini daripada ahli panel daripada sudut pandang barisan pembangkang dan juga kerajaan.

Tarikh: 24 September 2021

Masa: 8.30 – 9.30 malam

Platform: Facebook BERSIH 2.0 (official)

Panelis:

1. YB Teo Nie Ching – DAP

2. YB Noor Amin Ahmad – PKR

3. YB Lukanisman Awang Sauni – GPS (PBB)

4. YB Rina Hj Jainal – WARISAN

5. Zila Fawzi – COO WISDOM Foundation

Moderator:

Ngeow Chow Ying – Bendahari Bersih 2.0

Sila kongsi kepada rakan-rakan untuk menyemarakkan lagi wacana politik matang dalam negara kita!

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.