Majlis Perasmian Dan Pelancaran Pusat Khidmat Masyarakat Kawasan DUN N.70 Kukusan

SEKITAR Majlis Perasmian dan Pelancaran Pusat Khidmat Masyarakat Kawasan Dun N.70 Kukusan di Taman Victoria pagi tadi.

Seperti yang telah diuar-uarkan, pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung antaranya :-

1) Perasmian Pusat Khidmat Masyarakat Kawasan Dun N.70 Kukusan – sebagai Pusat Khidmat Masyarakat yang akan dirasmikan ini manifestasi komitmen pemimpin untuk mendekati dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Pusat ini bukan sahaja akan berfungsi sebagai tempat untuk mendapatkan maklumat dan bantuan, tetapi juga sebagai platform untuk memperkukuhkan hubungan antara pemimpin dan rakyat, serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap hak dan tanggungjawab mereka.

2) Pengumuman Peruntukan Pembinaan Open Shed di Gelanggang Taman Victoria- Saya juga mengumumkan akan mengunakan peruntukkan ADUN N.70 Kukusan bagi pembinaan open shed di Taman ini.

3) Penyerahan Sumbangan 10 Kanopi – Sesi penyerahan 10 kanopi kepada 10 peniaga dan Usahawan Dun N.70 Kukusan.

4)Jualan Rahmah Madani – Terdapat jualan rahmah daripada KPDN yang memberikan 30% potongan daripada harga asal.

5) Penyerahan Borang Bomba Komuniti – 3 JKKK Dun N70 Kukusan menghantar borang ahli sebagai sukarelawan bomba komuniti & Penyerahan Sumbangan wang tunai kepada Ahli bomba komuniti titingan.

6) Penyerahan Sumbangan Yapeim kepada 12 KIR Mangsa Kebakaran Di Taman Victoria pada 12 Januari 2024.

7) Sesi Libat Urus bersama agensi kerajaan seperti Jabatan Air, Jabatan Pengairan dan Saliran, SESB dan MPT – Townhall bersama agensi kerajaan di mana terdapat sesi soal dan jawab diantara rakyat dan agensi bagi menyuarakan pendapat dan menyalurkan aduan langsung ke agensi berkenaan.

8)Sukan rakyat – Aktiviti sukan rakyat juga diadakan sebagai memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan di sepanjang program ini.

9) Pameran,agensi swasta dan Gerai Jualan-

Aneka juadah, servis yang ditawarkan kepada pengunjung dan pameran turut diadakan di sepanjang program ini.

Jutaan terima kasih kepada tulang belakang Majlis Perasmian & Pelancaran Pusat Khidmat Komuniti, Kakitangan UPPM N.70 Kukusan , barisan 8 gabungan KRT Dun Kukusan, agensi kerajaan dan swasta dan semua ahli jawatankuasa yang terlibat menjayakan program ini.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.