Perlaksanaan Penguatkuasaan Dos Lengkap Bagi Pekerja Dan Orang Ramai di Tawau

Saya bertanya kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkenaan perlaksanaan penguatkuasaan dos lengkap bagi pekerja dan orang ramai di Tawau yang berkuatkuasa semalam.

Bagaimanapun, bagi vaksin Astrazeneca, dos kedua pula mengambil masa sehingga dua bulan selepas suntikan dos pertama diterima. Ini bermakna orang ramai sama ada pekerja mahu pun pelanggan terpaksa berdepan kesukaran untuk melakukan aktiviti mereka kerana jarak masa untuk lengkap dos adalah terlalu lama.

Bagaimanapun, Menteri berkenaan memaklumkan pelepasan diberikan kepada individu yang menerima vaksin Astrazeneca dan mereka perlu mengemukakan permohonan kepada PBT di kawasan masing-masing.

Alhamdulillah, urusan dipermudahkan oleh pihak berkuasa.

Namun, jika Astrazeneca diberi pelepasan atau kelonggaran, apa kata vaksin lain seperti Sinovac dan Pfizer pun diberikan kelonggaran yang sama. Bukankah konsepnya sama sahaja. Diharapkan ada kenyataan bertulis dari pihak Kerajaan Negeri sebagai rujukan orang ramai dan PBT di seluruh Negeri Sabah.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.