Program Korban Perdana Kukusan 2022

Kurang seminggu lagi, umat Islam akan menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha.

Hari Raya ini cukup sinonim dengan ibadah korban yang memberikan makna cukup istimewa kepada umat Islam.

Sehubungan itu, Pejabat ADUN N70 Kukusan dan Parti Harapan Rakyat Sabah buat julung kalinya mengambil inisiatif menganjurkan Program Korban Perdana Kukusan 2022 yang akan diadakan pada 11 Julai 2022 di kawasan lapang di hadapan pejabat kami di Hilltop.

Dijangka sebanyak 10 ekor lembu akan dikorban dan program ini turut mendapat kerjasama penduduk di mukim Kukusan dan beberapa agensi kerajaan berkaitan.

Ketika ini, kami sedang giat melakukan persiapan termasuk kerja pembersihan tapak berlangsungnya program berkenaan.

RINA HJ JAINAL
TIMBALAN PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH
merangkap ADUN N70 KUKUSAN

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.