Sabah Menjadi Negeri Keempat Tertinggi Mangsa Banjir

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Sabah kini berada menjadi negeri keempat tertinggi jumlah mangsa banjir melebihi 1,000 orang mangsa, hari ini.

Ia turut menyaksikan beberapa daerah baru dilanda banjir termasuk Telupid, Matunggong dan Beluran.

Saya berharap agar Jabatan Perdana Menteri menerusi NADMA tidak terlepas pandang bantuan dan pembelaan untuk mangsa banjir di negeri ini.

Juga diharapkan GRS turut bertindak lebih pantas membantu mangsa banjir kerana sehingga kini saya tidak melihat perkara itu.

Terima kasih kepada pihak berkuasa seperti APM, JBPM, PDRM dan banyak lagi yang membantu semua mangsa banjir di sini.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.