Orang Luar Pun Pening Di Jalan Raya Kita

Mendapat perkongsian video artis popular Nabila Huda yang pening dengan keadaan jalan raya di Telupid-Ranau.

Dengan jelas Nabila menyebut jalan raya berlubang-lubang, apa lagi yang mahu dinafikan.

Berhentilah tutup mata dan minta rakyat bersabar. Sekarang sudah tahun 2022, kita masih mendengar pengumuman projek mega dibuat di Sabah tanpa sebarang penyelesaian tuntas.

Itu baru lalu di Jalan Telupid, kalau Nabila ke Tawau menerusi Jalan Keningau-Kalabakan, mungkin dia rasa baik naik bot, beralun sana dan sini.

Bayangkan kalau pelancong asing yang datang ke sini, kemudian kembali ke negara mereka berkongsi pengalaman mengenai jalan raya di Sabah?
Sudah tentu ia memberikan persepsi yang tidak baik sekali gus menggambarkan betapa mundurnya Sabah di tahun 2022.

RINA HJ JAINAL
ADUN N70 KUKUSAN
18 Mei 2022

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.