Semarak Muhibbah 27 Kampung Di Tawau – Pertandingan Pintu Gerbang Raya

AWESOME! Itu perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan suasana muhibbah orang Tawau sempena Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pintu Gerbang Raya Peringkat Tawau, semalam.

Tanpa mengambil kira perbezaan parti politik, kita semua mampu berganding bahu demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Beginilah yang sepatutnya berlaku di seluruh negara. Politik adalah politik, apabila sudah habis pilihanraya, masanya kita duduk bersama untuk memajukan negara demi kesejahteraan serta kebajikan rakyat.

Apa pun, sekalung tahniah kepada penganjur dibawah kendalian Cik Asmah Kadir, wanita muda, kecil tubuhnya tapi berjiwa besar.
Tahniah sekali lagi kepada pemenang.

Tahniah juga kepada semua peserta, dan tahniah kepada semua orang Tawau kerana kita berjaya membuktikan kita boleh bersama dalam suasana yang muhibbah.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.