Seminar Hak Wanita Dalam Perundangan Syariah

Saat menerima undangan Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Datuk Hjh Hamisa Samat bagi merasmikan Seminar Hak Wanita Dalam Perundangan Syariah, saya terus bersetuju dan menerima dengan hati terbuka.

Walaupun kita sudah berada dalam arus pemodenan, tetapi masih ramai lagi wanita yang masih tertindas, terabai, dibuli dan sebagainya hanya kerana kurang mengetahui hak diri sendiri.

Seminar seperti ini penting dalam usaha meningkatkan kesedaran para wanita di luar sana khususnya mereka yang tinggal jauh di kawasan pedalaman.

Banyak perkara yang dapat dikongsikan khususnya membabitkan hak wanita yang termaktub dalam Islam dan perlembagaan.

Justeru, saya berharap program ini dapat dianjurkan lagi di beberapa lokasi seluruh Tawau dan Kalabakan bagi membantu wanita bangkit serta sedar akan hak mereka.

RINA HJ JAINAL
TIMBALAN PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH
merangkap ADUN N70 KUKUSAN

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published.