Sirih Pulang Ke Gagang – UiTM Sabah

SAYA amat berbesar hati apabila menerima undangan menghadiri Seminar Etika Profesional Dalam Industri Hospitaliti: Perkembangan Diri dan Hubungan Manusia anjuran UiTM Cawangan Sabah di Kota Kinabalu, semalam.

Sebagai alumni UiTM, sudah pasti peluang berjumpa dan berkenalan dengan warga UiTM, merupakan satu peluang yang amat berharga.

Umum mengetahui bahawa politik dan mahasiswa berpisah tiada. Malah saya sendiri sememangnya banyak menjalin kerjasama dengan mahasiswa untuk berkongsi pandangan, masalah serta idea khususnya input untuk pembangunan Negeri Sabah serta keperluan golongan belia.

Justeru, peluang sebegini sangat bermanfaat dan saya meneruskan usaha kerajaan Negeri mendekati serta bekerjasama lebih erat dan seterusnya bersama MAHASISWA.

Terima kasih kepada Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Sabah Prof Madya Dr Firdausi Suffian, tenaga pengajar dan seterusnya warga UiTM Cawangan Sabah. Menariknya saya dan Prof Madya Dr Firdausi berkongsi tarikh lahir yang sama pada tahun yang sama, betul-betul kebetulan.

UiTM Dihati Ku…

RINA HJ JAINAL
Setiausaha Politik Kepada Menteri Kewangan Negeri Sabah
merangkap ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.