Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

Ziarah Kasih Kukusan

Ibu-Ibu Yang Saya Sayang

 Yang Menjaga Juga Perlu Dijaga

Alhamdulillah, lebih 600 tapau diagihkan kepada warga Hospital Tawau menerusi Program Singgah Sahur sempena Ramadan.

Program ini dianjurkan bersama Persatuan Kebajikan Komuniti Islam Sabah (PERKIPS) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM) sebagai tanda penghargaan kepada barisan hadapan kita.

Dalam kesibukan doktor, jururawat dan seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia menjaga pesakit tanpa mengira masa, kita hadir membawa sedikit juadah sahur sebagai tanda empati dan sokongan buat mereka yang berkorban tenaga dan masa demi rakyat Tawau.

Turut disantuni lebih 200 pelajar di Kolej Kejururawatan Tawau. Mereka inilah pelapis barisan hadapan masa depan negara.

Terima kasih atas segala jasa dan komitmen yang tidak pernah luntur. Kami nampak usaha itu. Kami faham keletihan itu.

InsyaAllah, kebajikan petugas kesihatan dan para pelatih akan terus menjadi keutamaan.

Sekalung penghargaan buat YAPIEM dan PERKIPS atas penganjuran kali ini.

Bersama saya Datuk Dr Azman Ibrahim Penolong Pengarah Hospital Tawau , En Mohd Khairi Ismail Ketua Penyelaras Komuniti YAPIEM Cawangan Tawau dan Dr Muhammad Azmy Hamron Pengerusi Perkips Tawau dan En Iqmal selaku Pengerusi Penyelaras Program Singgah Sahur .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.