Pagi Jumaat Yang Barakah

SAYA ingin kongsikan sedikit program-program kebajikan yang telah kami lakukan sepanjang minggu lalu.

Antara program yang dilakukan adalah sesi lawatan daripada rumah ke rumah menerusi program Ziarah Harapan Kasih Kukusan, yang mana kami melawat mereka yang uzur atau mengalami kesukaran bergerak di kediaman masing-masing. Lawatan kali ini dilakukan di Kampung Pisang, Kampung Dusun dan Taman Uni Villa

Turut hadir pegawai perubatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Tawau yang mana akan melakukan pemeriksaan awal seperti tekanan darah dan sebagainya kepada pesakit.

Selain itu, program homeward, menyaksikan JKM menyerahkan sumbangan berbentuk katil kepada seorang warga emas di Kampung Jawa, yang terlantar akibat masalah kesihatan.

Kemudian, lawatan bersama menteri turut dilakukan ke atas mangsa kebakaran di Kampung Jawa Sentosa dan Kampung Sri Menanti.

Semoga lebih ramai individu yang kami di Pejabat ADUN N70 Kukusan dan Parti Harapan Rakyat Sabah dapat bantu, pada masa akan datang.

RINA HJ JAINAL
Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
merangkap ADUN N70 Kukusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.