Menyantuni Mangsa Kebakaran Kg Tanjung Batu Keramat (Logpond)

SERAMAI 355 mangsa terlibat dengan kebakaran di Kg Tanjung Batu Keramat ( Logpond) , kemarin.

Di saat yang penuh dengan kesedihan ini, saya ingin mengucapkan takziah kepada semua yang terkesan dengan impak tragis kebakaran yang berlaku.

Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan sedalam-dalamnya kesedihan yang dirasai atas kehilangan yang dialami oleh mangsa kebakaran.

Saya juga turut menyumbangkan keperluan bayi seperti lampin pakai buang dan susu bayi serta keperluan wanita petang tadi.

Semoga semua mangsa mendapat kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi masa yang sukar ini. Kebakaran itu bukan sahaja kehilangan harta benda, malah ia juga meninggalkan luka emosi yang mendalam.

Terima kasih diucapkan kepada semua agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Turut hadir bersama barisan Wanita GRS Kalabakan, UPPM N.70 Kukusan , Majlis Perbandaran Tawau,JKM, Wanita Kukusan dan Belia Kukusan.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.