Ziarah Pesakit Di Hospital Tawau

Berkesempatan melawat Mohd Azlian Mohd Suriansyah, 25, yang akan menjalani pembedahan memasukkan besi pada kaki kirinya.

Mohd Azlian merupakan anak ketiga daripada 11 orang adik beradik, bekerja sebagai ejen tarik kenderaan, merupakan tulang belakang yang menyara keluarga besar mereka.

Dalam masa sama, saya turut terserempak dengan adik Mohd Alif Nolzaman, 15, yang turut berada di wad sama selepas mengalami kemalangan sehingga menyebabkan tulang kakinya patah dan perlu menjalani pembedahan.

Mohd Alif ini adalah atlet kriket dan menyertai kejohanan di SK Kukusan, beberapa minggu lalu. Kebetulan, saya turut hadir untuk merasmikan kejohanan yang sama.

Semoga kedua-dua mereka selamat menjalani pembedahan dan segera pulih seperti biasa.

RINA HJ JAINAL
TIMBALAN PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH
merangkap ADUN N70 KUKUSAN

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.