16 Mei… Selamat Hari Guru

SAYA tertarik untuk berkongsi gambar ini. Gambar yang mungkin bagi kita biasa-biasa, gambar spontan, ragam anak-anak dan mungkin banyak lagi mengikut persepsi atau pandangan masing-masing.

Saya melihat anak-anak ini akan tumbuh membesar menjadi seorang dewasa dengan pelbagai latar kerjaya/karier/kehidupan.

Suatu hari nanti mereka boleh menjadi polis, cikgu, doktor, peguam, ahli saintis, peniaga, atau apa saja hatta seorang ahli politik, ingatlah bahawa disebalik ‘kejayaan’ hari mendatang mereka ada CIKGU yang pernah berdiri di belakang mereka. Mendidik, mengasuh, memberi inspirasi dan sebagainya untuk anak-anak ini menimba ilmu sebaik habis.

Selamat Hari Guru buat semua cikgu-cikgu di DUN N70 Kukusan, di Sabah dan seluruh negara kita.

Selamat Hari Guru juga buat CIKGU yang pernah mengajar saya di SK Tanjung Batu Darat dan SMK Kuhara.

Terima kasih CIKGU. Guru Insani Pemangkin Generasi Madani.

RINA HJ JAINAL
Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.