Edit Content

Belabuhnya Tirai DUN Sabah Tahun 2025

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Tahun 2025 DUN Sabah Yang Ke-16

Pre council Mesyuarat Pertama Penggal Kelima DUN Sabah Ke-16

Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Tahun 2025 DUN SABAH Ke-16

Majlis Amanat Tahun Baharu 2025

 Makluman Rasmi Urusan Bancian Kampung Di N70 Kukusan

Dimaklumkan bahawa segala urusan bancian penduduk kampung di kawasan N70 Kukusan akan dikendalikan secara rasmi oleh Pejabat UPPM N70 Kukusan bersama pemimpin setempat yang dilantik sahaja.

Sehubungan itu, pihak penduduk dimohon untuk:

1. Tidak menyerahkan sebarang dokumen peribadi (seperti salinan kad pengenalan atau dokumen lain) kepada individu atau pihak yang tidak mendapat pengesahan rasmi.

2. Memastikan wakil yang hadir bagi tujuan bancian adalah mereka yang memegang surat pelantikan atau pengenalan rasmi di pejabat UPPM/pemimpin kampung.

3. Melaporkan segera kepada Pejabat UPPM Kukusan sekiranya terdapat pihak luar yang cuba mendapatkan maklumat atau dokumen tanpa kebenaran.

Kerjasama daripada semua pihak amat dihargai bagi memastikan urusan bancian ini berjalan lancar, selamat dan sah di sisi peraturan serta memastikan kerahsiaan data adalah terjamin dan tidak tercicir kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.