Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

Ziarah Kasih Kukusan

Ibu-Ibu Yang Saya Sayang

Tujuh Kali Kemoterapi

 Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan SK Muhibbah Raya Tawau

Hari ini saya berkesempatan merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan SK Muhibbah Raya Tawau.. satu acara yang penuh semangat, keceriaan dan nilai kesukanan.

Saya turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada Tabung PIBG sekolah sebagai tanda sokongan kepada usaha pihak sekolah dalam memperkukuh kemudahan dan aktiviti pembangunan pelajar.

Setiap anak adalah aset masa depan, dan melalui sukan, mereka belajar tentang disiplin, semangat berpasukan dan kejujuran dalam bersaing.

Saya amat menghargai dedikasi para guru, ibu bapa serta PIBG yang terus berusaha menjadikan sekolah tempat untuk belajar dan ruang untuk membina sahsiah dan semangat juang.

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta.. teruskan berusaha, kerana setiap langkah di padang adalah langkah menuju masa depan yang lebih gemilang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.