Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

Ziarah Kasih Kukusan

Ibu-Ibu Yang Saya Sayang

 Permulaan Baharu Di KWKKR – Sedia Berkhidmat

Hari ini menjadi detik bermakna apabila saya buat pertama kalinya memasuki pejabat di Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KWKKR) sebagai Pembantu Menteri.

Satu sesi taklimat telah diadakan bagi memberi gambaran jelas mengenai fungsi, peranan serta pencapaian semasa jabatan dan agensi di bawah KWKKR.

Taklimat ini amat penting sebagai langkah awal untuk memahami keutamaan kementerian serta peranan saya dalam menyokong agenda pembangunan wanita, keluarga, kesihatan dan kesejahteraan rakyat Sabah.

Taklimat telah dipengerusikan oleh YB Menteri Datuk Julita Majungki dan wakil-wakil daripada agensi yang berkaitan. Kehadiran semua pihak mencerminkan komitmen bersama untuk terus memperkukuh perkhidmatan kepada rakyat.

InsyaAllah, dengan kerjasama dan semangat pasukan, kita terus membawa haluan yang lebih baik untuk rakyat Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.