



Kakitangan UPPM N70 Kukusan meninjau sendiri masalah parit tersumbat di Kg Muhibbah Raya dan jalan utama Muhibbah bersama pihak berkaitan iaitu MPT, JPS dan JKR.
Tindakan yang dipersetujui:
• Pihak MPT
Akan mula bersihkan parit-parit yang tersumbat dan buat kajian aliran air. Jika ada parit yang rosak teruk, parit baharu akan dibina tertakluk kepada peruntukan yang ada.
• Pihak JPS
Konsesi baharu akan mula beroperasi tahun hadapan. Kerja pembersihan parit utama akan dibuat terlebih dahulu, kemudian JPS akan lihat punca masalah dan ambil tindakan susulan.
• Pihak JKR
Akan pastikan bahu jalan diselenggara dengan baik supaya penduduk sekitar lebih selamat dan mudah guna laluan tersebut.
Isu ini akan terus dipantau supaya masalah banjir dan air bertakung dapat diselesaikan sebaiknya demi keselesaan penduduk.