Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

 Sekelip Mata

Dalam sekelip mata, rumah dan harta benda yang dikumpul bertahun-tahun boleh musnah akibat kebakaran.

Saya turun melawat keluarga mangsa kebakaran di Kampung Merotai Besar. Kebakaran ini telah melibatkan sebuah rumah termasuk dua buah motosikal dan sebuah kereta.

Saya tahu, bukan mudah untuk keluarga berdepan dengan keadaan seperti ini. Sebab itu saya hadir untuk menyampaikan sedikit sumbangan kewangan bagi membantu meringankan beban keluarga. Pihak JPKAS diwakili En Ramli turut menyalurkan kit kecemasan untuk keperluan awal.

Turut hadir bersama CDO Kukusan En Mohd Khairul Faiz Bin Jairul dan CDO Merotai, En. Samsudin bin Allan@anjang, mewakili PPM Merotai, Datuk Jailani Haji Chachu.

Semoga keluarga ini diberikan kesabaran, ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. Insya-Allah, kita bantu apa yang termampu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.