Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

 Kepimpinan Adat Diperkasa

Saya menyokong Rang Undang-Undang Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung (Pindaan) 2026 yang dibentangkan dalam persidangan DUN Sabah.

Institusi kepimpinan adat merupakan sebahagian penting daripada struktur masyarakat Sabah.

Mereka bukan sahaja menjaga adat dan budaya, tetapi turut menjadi penghubung penting antara kerajaan dengan rakyat di peringkat akar umbi.

Pindaan ini merupakan satu usaha untuk memperkukuh peranan, memperkemas tadbir urus serta memastikan institusi Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung terus relevan dengan keperluan semasa.

Tahniah dan syabas kepada YB Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Haji Mohd. Arif serta seluruh warga Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah atas pembentangan RUU ini yang telah mendapat sokongan Ahli-Ahli Dewan.

Memasuki hari terakhir persidangan DUN, saya juga berbesar hati membawa bersama guru besar dari Tawau sebagai pemerhati persidangan.

Terima kasih kerana sudi bersama dalam rombongan saya kali ini. Semoga pengalaman ini memberi peluang untuk melihat dengan lebih dekat perjalanan persidangan serta proses perbahasan di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Adat dipelihara. Institusi diperkasa. Rakyat terbela.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.