Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

 Warisan Dihidupkan, Ekonomi Digerakkan

Semalam saya berkesempatan merasmikan Festival Kebudayaan dan Ekonomi Kreatif Bajau Sabah 2026 di Dewan Belia Arena, Semporna.

Bagi saya, festival seperti ini sangat penting kerana budaya dan tradisi yang diwarisi turun-temurun perlu terus dihidupkan, diperkenalkan dan diwariskan kepada generasi muda.

Anak-anak muda perlu didedahkan dengan warisan budaya sendiri supaya mereka mengenali, menghargai dan terus membawa tradisi ini ke masa hadapan.

Dalam masa yang sama, kebudayaan juga mampu menjadi pemangkin ekonomi. Festival seperti ini membuka ruang dan peluang kepada usahawan tempatan untuk memperkenalkan produk, makanan, hasil seni dan kreativiti masing-masing.

Pameran pakaian adat Bajau, makanan tradisi serta pelbagai hasil seni dan kreativiti bukan sahaja menarik untuk dilihat, tetapi membawa cerita tentang identiti, sejarah dan keunikan masyarakat Bajau Sabah.

Tahniah kepada Ratu Seaweed dan Raja Seaweed atas pencapaian yang membanggakan.

Syabas dan tahniah kepada Puan Nazmahwati binti Walli, Presiden Pertubuhan Kreatif Seni Bajau Semporna (PKSBS), seluruh jawatankuasa penganjur, Pegawai Daerah Semporna serta Pegawai KBS Daerah Semporna atas penganjuran festival yang penuh dengan nilai budaya dan ekonomi kreatif ini.

Teruskan mengangkat warisan kita. Bila budaya kita hidup, identiti kita kuat. Bila kreativiti kita dikembangkan, peluang ekonomi juga terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.