


Pagi tadi saya mengadakan mesyuarat bersama beberapa agensi berkaitan bagi membincangkan usaha memperkukuh pembangunan ekonomi di kawasan Sentosa Hill Top.
Fokus kita jelas, iaitu bagaimana membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada warga Kukusan, khususnya usahawan kecil dan komuniti setempat.
Perancangan yang baik memerlukan kerjasama semua pihak, sebab itu kita duduk semeja untuk mencari jalan terbaik.
Insya-Allah, sedikit demi sedikit manifesto yang saya bawa akan saya tunaikan. Ini janji saya kepada warga Kukusan.
Mungkin tidak semuanya dapat disiapkan sekaligus, tetapi saya akan terus berusaha agar setiap perancangan dapat direalisasikan demi manfaat rakyat.
Doakan agar segala urusan dipermudahkan. Apa lagi yang kamu mahu lihat untuk memajukan ekonomi di Kukusan? Kongsikan pandangan di ruangan komen.