Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

 Tempat untuk Mencari Kekuatan dan Harapan

Hari ini saya mewakili YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor ke majlis perasmian The Pink Haven, iaitu sebuah pusat sokongan yang diusahakan oleh Sabah Kinabalu Pink Ribbon (SKPR).

Kita tahu, bukan mudah bagi pesakit yang terpaksa datang jauh dari kampung halaman untuk mendapatkan rawatan kanser payudara di Kota Kinabalu.

Ada yang perlu berjauhan dengan keluarga dan melalui pelbagai cabaran sepanjang tempoh rawatan.

Dengan adanya The Pink Haven, pesakit dan penjaga kini mempunyai tempat yang selesa dan selamat untuk tinggal sementara.

Saya berharap kemudahan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka.

Buat semua yang sedang melalui ujian ini, terus kuat dan jangan putus harapan.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa diberikan kekuatan.

Tahniah kepada Datin Lucilla Pang selaku pengasas dan penaung SKPR, bersama seluruh ahli, sukarelawan serta semua pihak yang telah bekerja keras merealisasikan usaha ini.

Semoga The Pink Haven terus memberi manfaat dan menjadi tempat yang membawa keselesaan serta harapan kepada lebih ramai pesakit dan keluarga di Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.