My Kukusan Sejahtera Fun Ride 2021

Sempena ke arah cara hidup endemik COVID-19 di Malaysia dan Fasa 3 Pelan2 Pemulihan Negara (PPN) di Sabah, Pejabat DUN N70 Kukusan dengan kerjasama Tawau Foldies Society (TFS) menganjurkan Fun Ride ‘Folding Bike’ My Kukusan Sejahtera.

Kayuhan sejauh 18 kilometer ini bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat yang selamat selain membina semula emosi orang ramai yang selama ini terjejas ekoran perlaksanaan PKP akibat pandemik COVID-19.

Objektif program:

  1. Sebagai satu aktiviti riadah kepada warga Kukusan dan kawasan sekitar khususnya selepas Negeri Sabah berada pada Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara.
  2. Kempen keselamatan kepada penunggang basikal yang kini semakin ramai di Tawau untuk sentiasa mengutamakan keselamatan ketika berbasikal.
  3. Kempen kesedaran kepada pengguna jalan raya lain untuk turut sama berhati-hati sekiranya melihat penunggang basikal berada di atas jalan raya.
  4. Memperkenalkan lokasi-lokasi menarik sekitar mukim Kukusan termasuk kawasan sejarah kepada orang ramai khususnya anak muda.
  5. Mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat serta hubungan kejiranan di Kukusan.

Program Fun Ride ‘Folding Bike’ My Kukusan Sejahtera diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 31 OKTOBER 2021 (AHAD)
Lokasi : SEKITAR KAWASAN KUKUSAN (trail peta akan dikemaskini)
Penyertaan: TERBUKA
Anjuran: PEJABAT DUN N70 KUKUSAN & TAWAU FOLDIES SOCIETY

Semua peserta diminta mematuhi SOP PPN Fasa 3, lengkap dos vaksin COVID-19 (sila kemukakan sijil vaksin digital semasa pendaftaran), sihat tubuh badan dan membawa helmet serta basikal sendiri.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.