Aduan Masalah Lalu Lintas di Kawasan Hilltop

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Bagi warga Kukusan, pastinya kawasan Hilltop, berhampiran pejabat DUN N70 Kukusan, bukanlah suatu yang asing.

Sering menjadi tumpuan penduduk untuk mendapatkan barangan keperluan harian dari sayur, ikan, kuih muih hinggalah ke barang dapur dan sebagainya.

Namun, masalah terjadi apabila Jalan Lorong Hilltop 1, dihadapan City Fresh Mart itu sering ‘jammed’ disebabkan ada segelintir orang ramai gemar ‘double park’.

Lorong yang sepatutnya boleh dilalui dua kenderaan, menjadi sehala apabila ada yang buat ‘double park’.

Baru-baru ini, saya turut menerima aduan apabila ada penduduk yang terlanggar besi penghadang di kawasan tersebut hanya kerana mahu mengelak kenderaan ‘double park’.

Dalam hal ini, kita seharusnya lebih bertanggungjawab dan bertimbang rasa terhadap pengguna atau orang lain yang terpaksa berdepan kesulitan ekoran tindakan kita melakukan ‘double park’.

Mungkin kita terpaksa parkir kenderaan agak jauh, namun, itu adalah langkah terbaik untuk semua.

Walaupun mungkin ada pemandu dalam kenderaan ‘double park’ terbabit, ia tetap mendatangkan masalah lalu lintas di situ.

Kita harus mengubah mentaliti untuk lebih bersifat toleransi berbanding mahu parkir betul-betul di hadapan pintu masuk pasaraya.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.