Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

Ziarah Kasih Kukusan

Ibu-Ibu Yang Saya Sayang

 Al-Fatihah Mantan Pengerusi JKKK Kg Jawa

Mewakilkan UPPM N.70 Kukusan Tuan Sukardi Mashuri menyampaikan salam takziah saya buat seluruh keluarga Allahyarham Ahmad Jeffrey @ Hj Taufik bin Kalida yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

Pemergian Allahyarham satu kehilangan besar buat masyarakat Kg Jawa. Selain pernah berkhidmat sebagai mantan Pengerusi JKKK Kg Jawa, Allahyarham juga merupakan ahli kariah Masjid Al-Munawwarah serta jurulatih Akademi Tunas Tawau di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Tawau.

Jasa Allahyarham amat besar dalam membimbing anak-anak muda khususnya pemain bola sepak usia 7 hingga 10 tahun, malah pernah membawa pasukan bawah 10 tahun menjuarai kejohanan di luar daerah Tawau. Dedikasi dan sumbangan beliau dalam membentuk generasi muda akan terus dikenang.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa-dosanya dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang beriman.

Takziah buat seluruh keluarga, sahabat handai dan seluruh komuniti yang mengenali Allahyarham. Al-Fatihah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.