


Ini hasil usaha anak-anak, doa ibu bapa, dan kesungguhan guru yang tidak pernah jemu.
Saya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid Makmur SMK Kuhara 2025, pagi tadi.
Memang bangga tengok anak Kukusan makin ke depan.
Di peringkat Kerajaan Negeri, bantuan pendidikan memang tersedia:
• SUBFLY – subsidi penerbangan pelajar Sabah
• BAIKS – bantuan aktiviti IPT
• BUDI – bantuan tunai pendidikan
• Biasiswa & bantuan pendidikan lain
Di peringkat DUN, kita tambah sokongan:
• Bantuan tunai one-off untuk anak Kukusan
• Sokongan permohonan BKNS
Kalau perlukan bantuan, jangan tunggu. Terus berhubung di pejabat saya, kita usaha sama-sama.
Kita bantu, kita dorong, kita kasi jadi.