Memberi Sumbangan Kepada Anak Seorang Warga Emas Di Kediaman Mereka Di Kg Jawa Lanut

Assalamualaikum selamat malam,

Petang tadi saya telah mewakilkan Team Pejabat ADUN Kukusan bersama Pn Alicia, penggerak Wanita Warisan Kukusan untuk memberi sumbangan kepada anak seorang warga emas di kediaman mereka di Kg Jawa Lanut.

Makcik Karsih sedang menjalani pembedahan tulang di Hospital Tawau pada ketika itu. Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini mampu serba sedikit mengurangkan kos-kos rawatan makcik.

Terima kasih juga kepada wakil-wakil saya yang sentiasa prihatin membantu mereka yang memerlukan dan sentiasa bersedia untuk turun padang.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.