Ziarah Kehilangan Ahli Keluarga

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Saya dan team berkesempatan menziarahi keluarga:

Allahyarham Husan Bin Baeta di Kg SK Gabungan. Kali terakhir saya bertemu arwah ketika menyampaikan sumbangan baju dan kuih raya Ramadan baru-baru ini. Arwah meninggalkan seorang balu dan dua orang anak.
Allahyarham Adenan bin Salim di Kampung Jawa Lanut di mana PRN lepas keluarga ini telah mengadakan kempen ceramah buat saya di kediaman mereka.

Allahyarham Chong Kim Fah di kg pasir putih bakau, team saya telah menghantar sumbangan makanan untuk bacaan tahlil arwah baru-baru ini.

Allahyarhamah Rosnani Karim di Kg Jawa. Satu pemergian yang sangat menyentuh hati, saya telah mengunjungi pemergian anak-beranak ini dari pemergian ibu arwah pada tahun lepas sehinggalah lebih sebulan lalu anak perempuan arwah meninggal dunia sebelum arwah Kak Ros menyusul.

Tiada kata indah yang dapat memujuk kehilangan yang tidak akan kembali namun, kehendak Tuhan untuk kita saling mengambil hikmah di atas rahsia dan ketentuanNya.

Ampunkan dosa-dosa mereka ya Allah. Kuatkanlah hati-hati kami agar memperoleh rahmat-rahmat Mu.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published.