Program Jom Isi Minyak Percuma Kepada Pemandu E-hailing Dan R P-Hailing

PEMANDU e-hailing dan rider p-hailing, yang sering kali menjadi penjelajah jalan raya yang tidak kenal lelah, telah menghadapi pelbagai cabaran dalam mengekalkan pendapatan mereka.

Dalam usaha untuk meringankan beban mereka, saya berinisiatif memberikan isian minyak percuma sempena bulan ramadhan adalah langkah yang penting dan bermakna dan ini merupakan program kali kedua yang saya anjurkan.

Sasaran program ini ialah sebanyak 100 motorsikal dan 75 kereta diperuntukkan bagi isian percuma. Alhamdulillah ramai pemandu dan rider yang datang menebus isian minyak percuma kemarin.

Semoga inisiatif ini menjadi titik permulaan untuk usaha-usaha lebih lanjut dalam meningkatkan kesejahteraan dan keadilan sosial dalam masyarakat kita.

Terima kasih NGO penyelaras program Pertubuhan E-Hailing Tawau-PEH TAWAU dan Petronas Sri Kuhara atas kerjasama dalam menjayakan program kali ini.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.