Bengkel Isu Diskriminasi Kaum & Permasalahannya

4-6 November, Pejabat ADUN Kukusan melalui Parlimen P191 Kalabakan menganjurkan kolaborasi kerja bersama badan NGO Pusat Komas dan SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia) terdiri daripada belia, wanita dan pemimpin-pemimpin kampung setempat yang mendaftar untuk mengambil bahagian.

Perpaduan sesuatu bangsa bergantung kepada sifat toleransi dalam mengamalkan sikap hormat-menghormati terhadap hak masing-masing. Saya berterima kasih kepada Pesuruhjaya Suhakam Malaysia, Tuan Jerald Joseph dan Pengarah Program Pusat Komas, Dr Ryan Chua kerana telah memilih suara keluhan rakyat di Kalabakan untuk didengari buat pertama kali.

Kami telah menjelajah bersama-sama bermula dari Kalabakan dan Merotai pada hari pertama. Diikuti Pulau Sebatik pada hari kedua dan seterusnya sebagai penutup siri bengkel, di Pejabat ADUN Kukusan, Hill Top pada hari ketiga. Turut hadir rombongan SUHAKAM Sabah dan wakil team Pusat Komas Kuala Lumpur.

Semoga ikatan kerjasama ini akan terus dapat berlangsung pada masa-masa akan datang.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.