Semoga YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, kebijaksanaan serta dipermudahkan segala urusan dalam terus memimpin dan menerajui negeri Sabah ke arah lebih maju dan berjaya. Terima kasih atas kepimpinan…
Hari ini saya bukan bercakap sebagai seorang pemimpin sahaja, tetapi sebagai seorang wanita, seorang ibu, dan seorang anak yang dibesarkan oleh ibu yang kuat. Ada ibu yang bangun seawal pagi demi keluarga. Ada ibu tunggal yang memikul dua tanggungjawab dalam…
Ada yang kerja dari pagi sampai malam. Ada yang kerja tanpa gaji, tanpa cuti, tanpa penghargaan. Isteri di rumah, diam-diam urus segalanya. Anak yang setia jaga ibu bapa, walau penat tetap bertahan. Penjawat awam yang mendidik, menyelamat, merawat, menyelidik dan…
Terima kasih kepada Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri Sabah atas pemberian Kit Kebun Dapur kepada semua ADUN. Dalam kit tu ada beras, telur, biji benih tumbuhan, bibit nenas dan juga pilihan ternakan kecil macam anak itik, burung puyuh…
Salam takziah buat warga Kampung Pondok Pisang yang diuji dengan musibah kebakaran petang ini, saya amat bersimpati dan turut merasai keresahan mangsa yang terjejas. Insya-Allah kita tidak akan biarkan keluarga terlibat berdepan sendiri, bantuan akan diusahakan dan saya bersama rakyat…
Jom hadir ke Seminar K.A.S.I.H Keluarga, perkongsian ringkas tapi penuh makna tentang didikan anak dan keharmonian keluarga. 16 April 2026 (Khamis) 8.30 pagi – 2.00 petang Dewan Asrama Kompleks Sukan Tawau Tempat terhad. Jangan tunggu, daftar sekarang. Keluarga kuat, masa…
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kisah seorang ayah yang keluar belikan buku sekolah anak, namun tidak sempat kembali kerana kemalangan jalan raya. Al-Fatihah buat allahyarham,itulah kasih ibu bapa yang sanggup berkorban apa saja demi anak. Sebagai ibu dan pemimpin, saya…
Hari ini kita memperingati Hari Polis ke-219, satu simbol penghargaan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia yang sentiasa berdiri di barisan hadapan demi menjaga keamanan dan kesejahteraan negara. Pengorbanan dan komitmen anggota polis amat besar nilainya, bukan sahaja dalam melaksanakan…
Saya mau ucap terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sentiasa bersama saya. Kalau sepanjang saya berkhidmat ada kurang, ada silap,saya minta maaf dari hati. Raya ni, kita raikan sederhana pun tidak apa, yang penting kita sama-sama, ada keluarga, ada kasih…
Hari Wanita Sedunia mengingatkan kita bahawa di sebalik banyak keluarga yang kuat, ada seorang wanita yang sentiasa berkorban. Wanita yang bekerja memikul tanggungjawab di tempat kerja, tetapi pada masa yang sama tetap memikirkan keluarga di rumah. Keletihan mereka jarang diceritakan,…