Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

Ziarah Kasih Kukusan

Ibu-Ibu Yang Saya Sayang

 Kanak-Kanak Hari Ini Adalah Masa Depan Sabah Esok

Saya berbesar hati menerima jemputan Kerajaan Persekutuan untuk menghadiri Simposium Reformasi Perundangan Hak Kanak-Kanak di Parlimen Malaysia bagi mewakili Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.

Simposium ini turut dihadiri oleh TYT Jacques Werner, Duta Besar Belanda ke Malaysia, serta barisan pemimpin dan pakar antarabangsa termasuk YB Puan Yeo Bee Yin, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat Parlimen Malaysia. Kehadiran tokoh seperti YBrs. Dr. Mikiko Otani (bekas Pengerusi Jawatankuasa CRC), YBrs. Profesor Ton Liefaard (UNICEF Netherlands / Leiden Law School), serta wakil UN dan SUHAKAM menjadikan perbincangan lebih menyeluruh dan berimpak tinggi.

Sepanjang dua hari simposium ini, pelbagai isu penting dibincangkan termasuk perlindungan kanak-kanak, akses kepada pendidikan dan kesihatan, hak identiti, kanak-kanak tanpa dokumen, keadilan untuk kanak-kanak, bandar mesra kanak-kanak serta penambahbaikan Akta Kanak-Kanak 2001 agar selari dengan Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) dan perkembangan semasa.

Banyak perkara yang boleh kita pelajari dan bawa pulang ke Sabah. Masih ada anak-anak yang memerlukan perhatian khusus terutama dari aspek keselamatan, pendidikan, kesihatan mental, perlindungan daripada penderaan serta peluang membesar dalam persekitaran yang selamat dan kondusif.

Apa yang paling penting, setiap kanak-kanak berhak didengar, dilindungi dan diberi peluang untuk mencapai potensi mereka tanpa mengira latar belakang atau keadaan kehidupan mereka.

Insya-Allah, segala perkongsian, pandangan dan amalan terbaik yang dibentangkan dalam simposium ini akan menjadi rujukan dalam usaha memperkukuhkan agenda wanita, keluarga dan kanak-kanak di Sabah demi masa depan generasi yang lebih terjamin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.