



Bila kita bercakap tentang AI, jangan kita fikir ia hanya untuk orang yang pandai teknologi.
Untuk ibu-ibu yang mahu cari pendapatan dari rumah, untuk ibu tunggal yang perlu bahagi masa antara anak dan mencari rezeki, ilmu macam ini boleh buka satu lagi jalan.
Hari ini saya bersama ibu-ibu di NADI Kampung Batu 2 bagi Program Latihan Penjanaan Pendapatan Secara Sambilan Melalui Platform Digital Berbantukan AI, anjuran Persatuan Kebajikan Ibu Ibu Sabah (PKIS) dengan kerjasama JHEWA.
Empat hari ini bukan hanya belajar buat poster, video atau tulisan menggunakan AI.
Kita belajar bagaimana kemahiran itu boleh jadi sumber pendapatan.
Boleh bantu peniaga buat iklan.
Boleh urus media sosial.
Boleh jadi digital freelancer.
Boleh mula dari rumah, ikut kemampuan dan masa sendiri.
Saya paling berharap ilmu ini sampai kepada ibu-ibu yang selama ini mungkin fikir, “Saya tiada modal, saya tiada masa.”
Mungkin modal pertama kita bukan duit.
Mungkin ilmu. Mungkin keberanian untuk mula.
Belajar dulu. Cuba dulu. Kasi jadi.
Insya-Allah, dari satu kemahiran kecil, boleh lahir satu peluang besar untuk keluarga.
Kamu belajar, kamu cuba, kamu jana.