Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah U12 Terbuka Kukusan – Piala YB Rina Jainal

BUAT pertama kalinya, UPPM N.70 Kukusan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah U12 Terbuka Kukusan.

Sebanyak 17 pasukan bola sepak menyertai kejohanan sulung yang berlangsung di SK Kukusan bagi merebut Piala Pusingan YB Rina Jainal. Saya difahamkan, ada juga pasukan daripada Sandakan turut turun ke sini, bagi merebut hadiah yang ditawarkan.

Pertandingan akhir menyaksikan pertembungan Akademi Tunas Tawau A menentang SK Kem Kabota menyaksikan juara milik Akademi Tunas Tawau A sekali gus membawa pulang hadiah berbentuk medal, piala juara, piala pusingan dan wang tunai RM1,000.

Saya difahamkan, belum pernah lagi penganjuran bola sepak U12 diadakan di sini, sebelum ini. Justeru, saya melihat, penganjuran kejohanan seperti ini penting dalam usaha kita mencungkil bakal bintang bola sepak bukan sahaja untuk Sabah tetapi negara amnya.

Tahniah kepada semua.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.