


Dalam lawatan hari ini, saya bersama Menteri Wanita, Kesihatan & Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki ke Hospital Queen Elizabeth bagi melihat sendiri keadaan semasa serta mendengar keperluan para petugas kesihatan di lapangan.
Antara isu utama yang dibangkitkan ialah peningkatan jumlah pesakit yang memberi tekanan kepada kapasiti sedia ada, termasuk keperluan memperkukuh fasiliti serta peralatan.
Lawatan ini turut disertai oleh Dr Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti.
Sebagai Pembantu Menteri, saya menyokong usaha semua pihak dalam memastikan perkhidmatan kesihatan di Sabah terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat.