KKM Swastakan Penyediaan Makanan di Tiga Hospital Sabah, ‘Direct Award’ Satu Syarikat

Pendedahan Presiden CEUPACS, Datuk Adnan Mat mengenai cadangan kerajaan mahu menswastakan penyediaan makanan di tiga hospital di Sabah, amat mengejutkan.

Ia membabitkan Hospital Queen Elizabeth 1 dan 2 serta Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Likas.

Tambah Datuk Adnan, ia juga diberikan secara direct award kepada 1 syarikat.

Bayangkan KKM mengarahkan CEUPACS satu badan kerajaan untuk sediakan maklumat berkaitan kepada syarikat swasta yang akan terpilih.

Perkara ini harus dipandang serius. Apa yang saya lihat petugas pembantu penyediaan makanan, penolong pegawai penyediaan makanan, tukang masak dan juru sajian pasti akan terjejas atau dipindahkan ke tempat lain, sekiranya penswastaan dilakukan di tiga hospital berkenaan.

Saya berharap agar Kerajaan Negeri tampil menentang cadangan tersebut kerana ia akan memberi kesan kepada kakitangan hospital yang kebanyakan adalah rakyat Sabah.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.