

Alhamdulillah, berkesempatan memenuhi beberapa jemputan rumah terbuka dan majlis istimewa.
Ada yang saya hadir sendiri, dan ada juga yang saya wakilkan atas kekangan masa:
Open House Tuan Huzzainie bin Sahar
Majlis pertunangan anak kepada En. Eko Bariono Tumiran & Puan Rohaidah A. Rahman
Open House Persatuan Mualaf Tawau
Rumah Terbuka KRT Taman Victoria
Yang penting, hubungan tetap dijaga. Inilah kekuatan kita kebersamaan, perpaduan dan silaturrahim yang terus terjalin walau dalam apa keadaan sekalipun.
Terima kasih atas setiap jemputan dan layanan yang sangat baik. Semoga ukhuwah ini terus kukuh dan membawa kebaikan kepada komuniti kita.
Kita terus erat, kita terus bersama.