Melakukan Swab Test, Terdedah Dengan Kontak Positif Covid 19 Ketika Bekerja Di Luar

Saya dengan beberapa orang team saya selesai melakukan swab test di KKM, Pejabat Kesihatan Tawau pagi tadi. Setelah mendapat tahu kami terdedah dengan kontak positif Covid 19 ketika bekerja di luar baru-baru ini, saya terus berhubung dengan Pegawai dari KKM memaklumkan situasi.

Kebanyakan dari team kami sedang menjalankan kuarantin, oleh itu saya memohon maaf jika bantuan bakul makanan yang telah dipohon dari pejabat kami lambat diterima disebabkan kekangan tenaga kakitangan.

Bagaimanapun, kami akan usahakan yang terbaik untuk membantu permasalahan yang dipohon melalui Careline N70 Kukusan atau terus kepada kami.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.