JKM Serah Katil Untuk Program Homeward Di Muhibbahraya.

12 DISEMBER lalu, saya berkesempatan hadir menyaksikan penyerahan katil boleh laras dalam program Homeward yang dianjurkan JKM Sabah.

‘Majlis Ziarah Program Homeward Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah di Zon Pantai Timur’ dihadiri Datuk Sr. Lee Chun Khiong, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan dan Encik Jais Asri, Pengarah Jabatan Kebajikan Am Sabah.

Dalam program kali ini, serahan katil dibuat kepada Encik Lagata Kati, seorang pesara kakitangan JKR yang sudah tiga tahun terlantar sakit.

Terima kasih juga kepada penyumbang Yayasan Petronas yang telah katil berkenaan.

Pihak Pejabat ADUN N70 Kukusan akan sentiasa komited dalam membantu JKM sekali gus membantu menjaga keperluan kebajikan rakyat di Kukusan.

RINA HJ JAINAL
Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
merangkap ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.