Program Katil Homeward di Kg Pisang

PEJABAT ADUN N70 Kukusan menyerahkan sebuah katil ‘homeward’ kepada seorang remaja perempuan yang terlantar sakit akibat menghidap kanser saraf di Kampung Pisang, hari ini.

Terdahulu, Diana Carolyne Franssiscus, 15, disahkan menghidap kanser berkenaan sejak empat bulan lalu dan sedang menjalani rawatan di Hospital Tawau.

Keadaan itu menyebabkan Diana hanya mampu terbaring saja sekali gus melupakan hasratnya untuk hadir ke sekolah seperti rakan sebayanya yang lain.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh PPM N70 Kukusan, Sukardi Mashuri yang mewakili ADUN N70 Kukusan YB Rina Hj Jainal.

Rina berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai pelajar SM St Urusula berkenaan pada 31 Mei lalu.

“Lawatan segera dilakukan dan kami mendapati adik ini layak untuk menerima katil ‘homeward’ yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Menerusi katil ‘homeward’, ia akan memudahkan urusan pesakit dan penjaga sepanjang ia diperlukan pihak berkaitan,” katanya.

Setakat ini, seramai tiga individu telah menerima faedah daripada program ‘homeward’ di kawasan Kukusan sejak tahun lalu.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.