Menjalani Kuarantin Kendiri Setelah Salah Seorang Ahli Keluarga Saya Positif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Saya menjalani kuarantin kendiri setelah salah seorang ahli keluarga saya positif pada 16hb lepas. Kemudian, pada 17hb suami saya juga positif dengan bergejala demam, batuk dan selesema.

Pada 19hb, kedua-dua orang anak saya pula mendapat demam panas dan turut positif. Anak perempuan saya juga hilang deria rasa.
Oleh kerana menjaga anak-anak yang sakit sudah pasti saya terdedah dengan virus c19 ini. Bagaimanapun setakat ini hampir seminggu saya berkuarantin bersama anak-anak dan suami keputusan ujian saringan saya adalah negatif.

Mohon doa agar keluarga saya kembali sihat seperti sediakala. Saya ingin memohon maaf jika ada whatsapp kerja yang saya terlepas pandang.

Semoga semua urusan kita dipermudahkan dan diredhai Allah SWT.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.