




Pejabat ADUN N.70 Kukusan telah menyampaikan sumbangan kepada para pelajar yang akan melanjutkan pengajian serta kepada sebuah komuniti setempat bagi menyokong pelaksanaan program kemasyarakatan.
Penerima sumbangan pendidikan:
Nurul Waqiah Binti Qasimuddin
• Melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Pahang.
Mohamad Haikal Daniel Bin Jamal
• Melanjutkan pengajian ke IPG Keningau.
Muhamad Haqiemy Bin Tahir
• Melanjutkan pengajian ke UiTM Kota Kinabalu.
Muhajirin Bin Yusuf
• Melanjutkan pengajian ke Matrikulasi Labuan.
Turut menerima sumbangan ialah:
Rukun Tetangga Ria Height
• Sumbangan kewangan bagi menjayakan program KRT Ria Height.
Semoga sumbangan yang disampaikan dapat memberikan dorongan kepada para pelajar untuk terus menimba ilmu dengan bersungguh-sungguh serta membantu memperkukuh pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.