Notis Penutupan Laluan Sehala Bagi Mengelakkan Kesesakan Masa Puncak Persekolahan

Hasil tinjauan berikut :

https://www.facebook.com/share/p/RdwujZJR5nrot3W7/?mibextid=CTbP7E

SAYA telah memohon kepada pihak Majlis Perbandaran Tawau agar dapat menyelesaikan isu kesesakan di kawasan persekolahan ini bagi memberikan keselesaan kepada semua warga pendidik, ibubapa serta warga awam yang melalui kawasan tersebut.

Hasil perbincangan bersama pihak MPT, UPPM N.70 Kukusan, Guru Besar Sk Muhibbah Raya, Pengarah Kolej Vokasional, PDRM , JPJ, YDP Pibg Sk Muhibbah Raya, KRT Taman Victoria, KK ,WNC dan JKKK Muhibbah Raya bersetuju mengambil inisiatif ini dengan menutup lorong sehala seperti di dalam lampiran di bawah sebagai langkah untuk memastikan aliran trafik pada waktu kemuncak berjalan dengan lancar.

Penutupan ini bermula pada 11 Mac 2024(ISNIN) tertakluk kepada tempoh percubaan. Dimohon agar semua warga yang melalui kawasan ini mengambil maklum.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.