Masalah Kesesakan Lalu Lintas Di Kawasan Sekolah Sekitar Kukusan

Saya menerima aduan mengenai kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing di kawasan sekolah di Kukusan dan kawasan sekitar.

Malah saya sendiri mengalami masalah sama ketika mengambil atau menghantar anak ke sekolah.

Justeru, saya menerusi Pejabat ADUN N70 Kukusan mengambil inisiatif mengadakan perjumpaan bersama pengetua/guru besar serta PIBG sekolah berkaitan bagi membincangkan perkara ini seterusnya mengetahui masalah sebenar yang dialami. Antara sekolah terlibat adalah

1. SK Bahagia
2. SK Jambatan Putih
3. SK St Patrick
4. SMK Kuhara
5. SK Kukusan
6. SJK (C) Yuk Chin
7. SK Muhibbah Raya
8. SM St Patrick

Saya turut menjemput pegawai polis trafik IPD Tawau untuk berkongsi idea, pandangan serta nasihat kepada pihak berkaitan mengenai isu ini.

Alhamdulillah, perbincangan yang dihadiri lebih 30 individu ini berjalan lancar dan berjaya mencapai objektif menerusi perkongsian relevan serta bernas.

InsyaAllah, semua maklumat ini akan kami kumpul untuk dibawa ke peringkat MPT, Sidang DUN dan Parti HARAPAN RAKYAT untuk tindakan lanjut.

RINA HJ JAINAL
ADUN N70 KUKUSAN
8 Jun 2022

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.