Jerangkap samar Jalan Raya di Sabah

Dua hari lalu, 10 kenderaan dilaporkan tersadai selepas kenderaan mereka rosak ketika melalui Jalan Sandakan-Telupid.

Ini bukan perkara baru, cuma sejak kebelakangan ini, ia semakin parah. Bayangkan ribuan kenderaan menggunakan jalan ini setiap hari, bermakna ribuan nyawa berisiko terkorban apabila melalui jalan ini.

Kalau dulu, orang cakap, jalan belakang (Jalan Kalabakan) terlalu teruk untuk dilalui berbanding jalan depan, tapi kini sama sahaja. Depankah, belakangkah, sama rosak.
Seharusnya tidak perlu tunggu sehingga kejadian viral sampai 10 kenderaan tersadai baru hendak ambil tindakan.

Jangan hanya saling melengkapi untuk memerintah di Sabah, GRS seharusnya turut saling melengkapi memenuhi keperluan rakyat.

Kalau di Kukusan, walaupun duit sangat terhad, saya menerusi badan persendirian dan Pejabat DUN N70 Kukusan tetap sedaya upaya membantu menimbus jalan raya yang rosak kerana memikirkan kepentingan dan keselamatan awam.

Justeru, saya berharap menerusi peruntukan RM2 juta tahun hadapan, jika ia diberikan kepada UPPM secara total, maka, bolehlah ia digunakan untuk memenuhi keperluan kemudahan infrastruktur rakyat Kukusan.

Sumber fb Sabah Info dan Jack Beck
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4941948859173321&id=100000747662762

Jalan sdk – Telupid (Sebelum simpang Reka Halus) ada lebih kurang 5 kereta tersadai di tepi jalan termasuk kereta kami akibat jalan berlubang dan agak dalam. syukur tayar kami tidak pecah, sepanjang dalam perjalanan ke Telupid tadi terdapat lebih kurang 10 buah kereta tersadai akibat tayar meletup dan rim pecah….

bah hati2 kamu siapa yang menuju ke Telupid-kk…🙏🙏

RINA HJ JAINAL
ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.